KOA Sungai Pergam, Kemaman, Terengganu
Syukur Alhamdulillah, seorang lagi peserta di bawah program Hand’s Holding JAKOA telah berjaya memanfaatkan bantuan yang diperolehi dengan melebarkan projek pertanian beliau daripada keluasan asal 5 ekar kepada 7 ekar.
Bantuan Hand’s Holding yang telah diterima adalah meliputi keperluan asas permulaan projek iaitu pembekalan benih tembikai, peralatan pertanian, baja, racun dan sistem perpaipan yang bernilai RM10,000.00.
Pada Tahun 2021, hasil jualan yang diperolehi adalah sebanyak RM70,000.00 dalam tempoh satu tahun dan ia merupakan satu amaun yang besar bagi seorang pengusaha dari kalangan Orang Asli. Selain itu, Nordin bin Abdullah juga telah mampu memiliki aset sendiri iaitu traktor dan jentera untuk membajak tanah serta menyelenggara ladang.
Pada peringkat awal, kerja-kerja membersih kawasan dilaksanakan untuk lima orang peserta dengan jumlah RM25,000.00, namun begitu empat orang lagi peserta tidak dapat meneruskan projek tersebut di atas kekangan yang tidak dapat dielakkan. Kini ia diusahakan sepenuhnya oleh Nordin bersama dengan beberapa orang pekerja dari kalangan Orang Asli.
Pada tahun 2022, anak beliau mula mengikut jejak langkahnya dan mendapat bantuan Hand’s Holding bernilai RM10,000.00 bagi projek tanaman Nenas jenis MD2 daripada JAKOA Kelantan dan Terengganu. Kerja-kerja di lapangan dibantu oleh ayahnya yang diusahakan di tapak bersebelahan dengan kawasan tanaman sedia ada.
Semoga perkongsian ini memberi motivasi kepada semua agar turut berazam untuk mengusahakan projek pertanian seumpama ini yang mampu meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga.