Rombongan JAKOA Negeri Perak & Kedah yang diketuai oleh Tuan Pengarah Encik Harulnizam b. Abd Rahman ke ADTEC Kulim

11 Disember 2019, Kulim – Hasil inisiatif serta nota kerjasama di antara Jakoa Negeri Perak dan ADTEC Kulim, rombongan Jakoa Negeri Perak dan Kedah yang diketuai oleh Tuan Pengarah Encik Harulnizam b. Abd Rahman telah mengadakan lawatan kerja ke ADTEC Kulim. Rombongan ini telah diberikan taklimat oleh Pengarah ADTEC Kulim, Tuan Zulkifle Omar bersama Pegawai-Pegawai Kanan ADTEC Kulim sebelum dibawa meninjau fasiliti-fasiliti yang terdapat di ADTEC Kulim.
Objektif utama lawatan ini dibuat adalah bagi mengenalpasti latihan atau kursus yang boleh ditawarkan oleh pihak ADTEC Kulim kepada masyarakat Orang Asli. Di samping itu, lawatan kerja ini juga dibuat bagi menentukan kesesuian tempat kursus yang turut memainkan peranan dalam kejayaan sesebuah kursus.
Selari dengan hasrat Kerajaan yang ingin melihat komuniti Orang Asli yang berdaya saing dalam sektor pekerjaan, kerjasama Jakoa – ADTEC ini juga diyakini mampu melahirkan tenaga mahir dalam bidang teknologi tinggi dari kalangan Orang Asli di mana jangkaan pelaksanaan usahasama ini adalah pada tahun 2020.
Usahasama yang berkonsepkan modul Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau TVET ini juga akan menyasarkan beberapa kursus jangka masa pendek di antaranya ialah Kursus Komunikasi Asas Bahasa Inggeris, Kursus Keperluan Khas Daerah Hulu Perak, Kursus Usahawan, Kursus CIDB, Kursus Masakan, Kursus Membaiki Telefon, Kursus PA System, Kursus Fotografi dan Kursus Asas Komputer.

Foto : PRO Jakoa Perak & ADTEC Kulim

#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையைநாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan
#adteckulim

Kemaskini Terakhir : 11 / 12 / 2019 07:21 AM