Rutin setiap pagi jumaat kelas Tadabbur Al-Quran dengan video conferencing bersama warga kerja KPLB

Ini lah rutin setiap pagi jumaat. Dengan kesibukkan, kekangan masa, namun kelas Tadabbur Al-Quran tetap dapat diteruskan dengan video conferencing bersama warga kerja KPLB.
.
Allah SWT menjadikan Jumaat hari yang sangat istimewa sehingga digelar penghulu segala hari. Kelebihan hari Jumaat dapat kita fahami melalui hadis Rasulullah SAW: “Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari yang paling agung di sisi Allah, ia lebih besar di sisi Allah dari hari raya Aidiladha dan Aidilfitri. Padanya ada lima perkara, iaitu hari Allah menjadikan Adam, hari Allah menurunkan Adam ke bumi, padanya Allah mematikan Adam dan padanya juga ada satu saat apabila seseorang itu tidak memohon sesuatu melainkan Allah memberikannya selagi dia tidak memohon sesuatu yang haram dan padanya (hari Jumaat) berlakulah hari kiamat.” (Riwayat Ibnu Majah).
.
Kemaskini Terakhir : 27 / 12 / 2020 12:00 AM