Assalamualaikum semua
Malam Nisfu Sya’ban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar.
Pada malam Nisfu Sya’ban, hari dimana buku catatan amalan orang-orang muslim selama setahun diangkat ke langit dan digantikan dengan buku catatan yang baru.
Malam Nisfu Sya’ban juga dikenali sebagai malam pengampunan dari Allah SWT untuk seluruh hambaNya.
Oleh itu, marilah kita menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan memperbanyakkan beribadat seperti solat sunat, berdoa memohon keampunan, berzikir dan membaca Al-Qur’an.
Salam Nisfu Syaaban 2022/1443.