Salam takziah buat keluarga arwah

Assalammualaikum, salam sejahtera.
 
Dukacita dimaklumkan bahawa Encik Mohd Razis Bin Mat Daud, Pembantu Pembangunan Masyarakat yang bertugas di JAKOA Daerah Hulu Perak & Baling telah kembali ke rahmatullah pada 29 Julai 2021 bersamaan 19 Zulhijjah 1442H.
 
Seluruh warga kerja Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak & Kedah menzahirkan salam takziah buat keluarga arwah dan mendoakan agar rohnya dirahmati dan ditempatkan bersama golongan orang beriman.
 
Al-Fatihah.
Kemaskini Terakhir : 29 / 07 / 2021 03:53 AM