Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. Jasa kepada masyarakat Orang Asli amat dihargai

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
 
Dukacita dimaklumkan bahawa sebuah kenderaan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan, Pahang telah terlibat dalam satu kemalangan pagi tadi ketika dalam perjalanan menghantar Pasukan Bergerak Orang Asli, PKD Pekan ke perkampungan Orang Asli untuk melakukan lawatan pemeriksaan kesihatan berkala.
 
Kemalangan tersebut telah meragut nyawa pemandu dan seorang jururawat, manakala seorang pegawai perubatan telah dirujuk untuk rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Afzan.
 
Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak polis.
 
Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan yang terkorban ketika melaksanakan tugas. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
 
Al-Fatihah.

Salam Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.. Jasa kepada masyarakat Orang Asli amat dihargai..semoga roh mereka…

Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Monday, December 7, 2020
Kemaskini Terakhir : 7 / 01 / 2021 12:00 AM