Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat DUN Chenderiang Tahun 2020 di Dewan Komuniti Tanah Mas, Bidor

Chenderiang, Tapah, 3 Februari 2020 – Bertempat di Dewan Komuniti Tanah Mas, Bidor telah diadakan Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat DUN Chenderiang Tahun 2020. Pelbagai lapisan Masyarakat daripada pelbagai kaum termasuk Cina, Melayu, India serta Masyarakat Orang Asli hadir memeriahkan sambutan pada kali ini.
Selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Chenderiang, kehadiran YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal b. Dato’ Azumu, Menteri Besar Perak serta isteri dan barisan exco Kerajaan Negeri ternyata memeriahkan sambutan. Kehadiran YB Senator Waytha Moorthy a/l Ponnusamy yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) turut menambah kemeriahan sambutan pada hari ini. Hadirin yang hadir tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama kedua-dua tokoh pemimpin Persekutuan dan juga Negeri.
Turut hadir mengiringi YB Menteri ke sambutan ini ialah Ketua Pengarah JAKOA, Prof. Dr. Juli Edo, Tuan Nornekman b. Dato’ Osman, Setiausaha Politik Kepada YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Dan Kesejahteraan Sosial), Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Batang Padang & Muallim serta kakitangan JAKOA Daerah.

#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையைநாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan

Kemaskini Terakhir : 3 / 04 / 2020 01:37 AM