8 April 2021 – Pada hari ini JAKOA Negeri Johor telah menganjurkan satu program Taklimat Kesedaran Vaksinasi COVID-19 yang berlangsung di Batu Pahat dengan dihadiri seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada Batin / Penghulu Orang Asli dan Pengerusi JPKKOA di seluruh perkampungan Orang Asli Negeri Johor serta wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Orang Asli Negeri Johor.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat, Dato’ Hj. Isa Bin Ab Hamid, Ahli Dewan Negara merangkap Senator Orang Asli Malaysia. Turut hadir bersama En. Faisal Bin Long, Pengarah JAKOA Negeri Johor dan Dr. Mohd Khalid Al-Walid Bin Abas, wakil rasmi Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor.
Program ini dibuat khusus untuk menyampaikan maklumat-maklumat berkaitan Vaksinasi COVID-19 kepada ketua-ketua masyarakat Orang Asli dan JPKKOA supaya mereka memperolehi maklumat yang tepat dan sahih untuk mereka sampaikan kepada penduduk kampung masing-masing dengan lebih baik dan berkesan.
Semoga semua yang hadir ke program ini akan mendapat manfaat dan mampu membuka minda kita semua terhadap penerimaan Vaksinasi COVID-19 ini. Kita Jaga Kita.
Lindungi Diri, Lindungi Semua.
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Friday, April 9, 2021