Sekitar hari kedua Booth JAKOA di Pavilion KPLB (Hall 2)

Pada hari ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia sempat singgah di booth Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan melihat perkhidmatan yang ditawarkan oleh Agensi di bawah KPLB seperti JAKOA, MARA, FELCRA, RISDA dan INFRA.
 
Turut hadir sama pada hari ini adalah Yang Berhormat Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Kementerian Luar Bandar serta Dato’ Ramlan bin Harun, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
 
Esok Fahrin Ahmad dijangka akan membuat penampilan untuk memeriahkan sambutan di Pavilion KPLB.
 
Marilah bersama-sama memeriahkan sambutan Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Kuala Lumpur Convention Centre yang berlangsung pada 9-12 Disember 2021.
 
Kemaskini Terakhir : 10 / 12 / 2021 07:49 AM