Calon boleh membuat semakan tawaran MRSM secara atas talian dengan menggunakan no kad pengenalan masing-masing.
Calon yang berjaya perlu membuat pengesahan terima / tolak tawaran kemasukan MRSM dalam tempoh 7 hari.
Calon yang tidak membuat pengesahan terima / tolak tawaran dalam tempoh 7 hari dianggap menolak tawaran kemasukan MRSM berkenaan.
Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan secara online adalah dibuka bermula 9 Mac sehingga 16 Mac 2022.