SEMBILAN GOL BUKTI SAAP PERMATA BAHARU JDT, MALAYSIA

KUANTAN: Sembilan gol yang dijaringkan Saap Baharom buat Johor Darul Ta’zim (JDT) pada saingan Piala Supermokh, minggu lalu harus cukup membuktikan dia memiliki ciri-ciri penyerang yang berkualiti.

Ini diakui jurulatih pasukan Bawah 12 tahun (B-12) JDT, Hafiz Zainal yang menganggap ia permulaan yang baik dilakar pemain Orang Asli berkenaan selepas hanya kira-kira dua minggu mengikuti latihan bersama pasukan.

Menurutnya, Saap mempunyai kemahiran dan kesungguhan yang tinggi disokong dengan fizikal yang tegap, sekali gus ia menjadi kelebihan buat dirinya untuk muncul sebagai penyerang terbaik suatu hari nanti.

Katanya, di peringkat awal ini tumpuan terhadap Saap ialah untuk memastikan dia dapat menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan serta persekitaran baharu yang mungkin begitu asing buat dirinya.

 Sumber Berita Harian
 
Kemaskini Terakhir : 6 / 11 / 2023 09:33 AM