Seminar Pemantapan Usahawan Orang Asli Negeri Perak Tahun 2020 Di MH Hotel Ipoh

MH Hotel Ipoh, 18 Sep 2020 (Jumaat) – SEMINAR PEMANTAPAN USAHAWAN ORANG ASLI NEGERI PERAK TAHUN 2020.
Seminar ini dihari seramai 111 orang peserta masyarakat Orang Asli. Program Usahawan ini telah bekerjasama dengan pihak NCER dan telah di rasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah JAKOA Malaysia, En.Bakar bin Unus. Selain itu, turut hadir Pengarah JAKOA Negeri Perak, Tuan Harulnizam bin Abd Rahman.
Program latihan kemahiran dan keusahawanan ini mensasarkan isi rumah dari kalangan masyarakat Orang Asli. Mereka adalah terdiri daripada suri rumah, ibu / bapa tunggal, belia dan graduan menganggur dan pelbagai lagi.
Kemaskini Terakhir : 20 / 10 / 2020 12:00 AM