Sesi Libat Urus bersama agensi-agensi berkaitan pengambilan pelajar OA lepasan SPM 2020

18 Jun 2021, Kuala Lumpur – JAKOA telah mengadakan satu Sesi Libat Urus secara dalam talian bersama agensi-agensi berkaitan pengambilan pelajar Orang Asli lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 hari ini. 
 
Sesi Libat Urus ini bertujuan supaya JAKOA dapat memastikan setiap pelajar Orang Asli ini tidak ketinggalan dari pendidikan arus perdana seterusnya mendapat peluang dan ruang dalam melanjutkan pelajaran ke manara gading.
 
Antara agensi yang terlibat ialah UiTM, UniKL, Matriks KPM, PplyCC KPT, MARA Bahagian Kemahiran dan Teknikal, GIATMARA, UCAM,Kolej FELCRA, GMI dan beberapa agensi berkaitan yang lain. 
 
Sesi Libat Urus ini telah dipengerusikan oleh Tuan Hj Mohd Zamri bin Mustajap, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAKOA Malaysia.
 
Untuk makluman kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Unit Pembangunan Pendidikan Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan JAKOA Malaysia.
 
Kemaskini Terakhir : 13 / 05 / 2022 10:41 AM