13.12.2020 – Sesi undian calon Batin KOA Chenderong Kelubi, Perak Tengah.
Sesi pengundian calon Batin KOA Chenderong Kelubi ini diadakan adalah rentetan dengan kematian Batin terdahulu. Kaedah ini dipilih selari dengan kaedah yg diperuntukkan di dlm Undang-Undang Malaysia Akta 134 (Orang Asli) dan Garis Panduan Tatacara Perlantikan/Penamatan Batin/Penghulu Orang Asli yg dikeluarkan oleh JAKOA Tahun 2012 serta persetujuan penduduk KOA Chenderong Kelubi termasuklah sesi perbincangan dua hala penduduk KOA Chenderong Kelubi bersama Ketua Pengarah JAKOA pada 29/11/2020 yang lalu.
Seramai dua calon yang dikemukakan dlm sesi pengundian Batin KOA Chenderong Kelubi iaitu En.Amir A/L Uda & En.Eddy Alang Bin Uda Mat. Proses pengundian ini dimulai pada jam 10.00 pagi sehingga jam 4.00 petang. Manakala, sesi pengiraan undi dimulai pada jam 4.10 petang sehingga jam 5.30 petang.
Seramai 221 orang telah menunaikan tanggungjawab mengundi dlm sesi proses pengundian kali ini. Hasil pengundian, sebanyak 4 kertas undi yg rosak/batal. Majoriti telah mengundi calon En.Amir A/L Uda dengan undian sebanyak 189 kertas undi manakala En.Eddy memperolehi undian sebanyak 28 kertas undi.
Sesi undian ini dilaksanakan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh KKM demi mengekang penularan pandemik Covid-19.
YBhg. Prof Dr. Juli Edo, Ketua Pengarah JAKOA telah menyempurnakan majlis penutupan sesi pengundian ini dengan ucapan tahniah kepada Batin yang baharu dan mengharapkan beliau menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya.
13.12.2020 – Sesi undian calon Batin KOA Chenderong Kelubi, Perak Tengah. Sesi pengundian calon Batin KOA Chenderong…
Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Sunday, December 13, 2020