Situasi banjir perkampungan Orang Asli Johor di sekitar daerah Segamat, Kluang dan Mersing

3/1/2022 – Situasi banjir perkampungan Orang Asli Johor di sekitar daerah Segamat, Kluang dan Mersing pada hari ini.
 
Terima kasih diucapkan kepada Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ahli Parlimen Sembrong di atas kesudian menyantuni mangsa banjir di Kluang pada petang ini.
 
Terima kasih juga kepada Pegawai JAKOA yang terlibat iaitu En. Rizal bin Yadon, PKOAD Segamat, En Mohd Yazid bin Beram, PKOAD Kluang dan En. Nor Faizzi bin Sulaiman PKOAD Mersing serta semua pihak yang terlibat seperti JKM, JPAM, RELA serta Pejabat Daerah dalam usaha membantu masyarakat Orang Asli.
 
Semoga saudara kita yang diuji dengan bencana banjir ini dipermudahkan urusan.
Kemaskini Terakhir : 3 / 01 / 2022 08:18 PM