Situasi terkini 12 Oktober 2020 #COVID19 di Malaysia : Sebanyak 563 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 16,220 kes

Situasi terkini 12 Oktober 2020 #COVID19 di Malaysia : Sebanyak 563 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 16,220 kes.
Daripada 563 kes baru, 498 kes adalah penularan tempatan bagi warganegara, 64 kes bagi bukan warganegara manakala 1 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Sebanyak 109 kes telah pulih menjadikan 11,022 pesakit telah pulih dan discaj.
Dukacita dimaklumkan terdapat 2 kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 159 kes.
Jangan risikokan diri anda dan keluarga jangkitan COVID19. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang ditetapkan.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PKPP boleh hubungi hotline 03-88882010.
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Noor Hisham Abdullah
Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Penerangan Malaysia
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM
Kemaskini Terakhir : 12 / 11 / 2020 12:00 AM