SK Bihai teruskan PdPR susulan gangguan harimau

GUA MUSANG: Sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 Sekolah Kebangsaan (SK) Bihai secara bersemuka yang sepatutnya bermula semalam ditangguhkan berikutan ancaman serangan harimau.
 
Sekolah berkenaan dikatakan mengambil pendekatan meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR).
 
Berdasarkan surat pekeliling dikeluarkan Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang, pembukaan sekolah secara bersemuka ditangguhkan dan diteruskan secara PdPR.
 
Menurut surat itu, pembelajaran menerusi PdPR diteruskan sehingga pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) memberi jaminan ancaman serangan harimau sudah berakhir.
Kemaskini Terakhir : 23 / 02 / 2022 11:54 AM