Sumbangan bantuan awal persekolahan murid Orang Asli di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’

Cameron Highlands, 16 Januari 2021 – Sekolah Kebangsaan Terisu Cameron Highlands, Pahang telah menerima sebanyak 109 set sumbangan bantuan awal persekolahan murid Orang Asli di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ yang bermatlamat menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah sesi persekolahan tahun 2021.
 
Sebagai melengkapkan usaha kelestarian ini, TOP juga telah menyumbang serbuk pencuci TOP Super Hygienic kepada 313 buah keluarga Orang Asli di Perkampungan Orang Asli RPS Terisu, Cameron Highlands, Pahang ini yang melibatkan Kg Sg Getan, Kg Telimau, Kg Terisu dan Kg Jarik.
 
Sumbangan-sumbangan ini telah disampaikan oleh wakil JAKOA Ibu Pejabat dan Daerah Cameron Highlands kepada Guru Besar sekolah dan Batin-Batin kampung terpilih.
 

Cameron Highlands, 16 Januari 2021 – Sekolah Kebangsaan Terisu Cameron Highlands, Pahang telah menerima sebanyak 109 set…

Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Saturday, January 16, 2021
Kemaskini Terakhir : 16 / 02 / 2021 12:00 AM