Sumbangan bantuan awal persekolahan murid Orang Asli di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ‘Cerahi Kehidupan BersamaTOP’

Kuala Lumpur, 15 Januari 2021 – JAKOA telah menerima sumbangan bantuan awal persekolahan murid Orang Asli di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ‘Cerahi Kehidupan BersamaTOP’ yang bermatlamat menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah bagi 421 orang murid Orang Asli terpilih di Pahang, Perak dan Johor bagi sesi persekolahan tahun 2021.
 
TOP menyumbang dua pelitup muka kain guna semula di samping kelengkapan kembali ke sekolah seperti pakaian seragam baharu, kasut, stoking, beg sekolah, set alat tulis, pensil warna dan buku latihan untuk setiap murid Orang Asli. Sumbangan ini bertujuan menyuntik semangat murid Orang Asli ini untuk hadir ke sekolah dan meringankan beban kewangan ibu bapa mereka serta meyakinkan ibu bapa ini bahawa anak-anak mereka dilindungi daripada pandemik.
 

Kuala Lumpur, 15 Januari 2021 – JAKOA telah menerima sumbangan bantuan awal persekolahan murid Orang Asli di bawah…

Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Friday, January 15, 2021
Kemaskini Terakhir : 15 / 02 / 2021 12:00 AM