Sumbangan bantuan kepada mangsa banjir Daerah Kuala Kangsar. Jumlah keseluruhan seramai 61 orang

28 Disember 2020 , RTC Bawong – Sumbangan bantuan kepada mangsa banjir Daerah Kuala Kangsar kepada 46 Ketua Isi Rumah Kg. Orang Asli Bawong, 9 Ketua Isi Rumah Kg. Orang Asli Chenein dan 6 Ketua Isi Rumah Kg.Orang Asli Jong jumlah keseluruhan seramai 61 orang.
 
Sumbangan tersebut, disampaikan oleh Ketua Pengarah JAKOA, Prof.Dr.Juli Edo dan PKOAD Daerah Kuala Kangsar, En.Mohd Azli bin Zain Rashid. Dengan menyampaikan sumbangan ini diberikan kepada mangsa banjir supaya dapat membantu dan mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh penduduk kampung yang terlibat.
 
Turut hadir bersama Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah, En.Harulnizam bin Abd Rahman dan pegawai-pegawai JAKOA yang turut terlibat menjayakan program ini.
 
Kemaskini Terakhir : 28 / 01 / 2021 12:00 AM