KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Berkenan Mencemar Duli Mengurniakan Sumbangan dan Menyantuni Masyarakat Orang Asli di PPS SK Keratong 2 dan Felda Keratong.
04 Januari 2022,(Selasa) – Muadzam Shah, Rompin, Menjunjung Kasih kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong atas perkenan Baginda mencemar duli bagi menziarahi pacal Orang Kita di PPS Sekolah Rendah Keratong 2 dan Dewan Felda Keratong bagi kurniaan sumbangan kepada semua mangsa yang terlibat.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong mengucapkan terima kasih kerpada Warga Kerja JAKOA Negeri Pahang dan Jabatan serta Agensi Daerah Rompin yang terlibat dalam Pengurusan Bencana Banjir dan PPS (KOA RPS Bukit Serok) dan kepada semua petugas yg menguruskan bencana.
Daulat Tuanku.
JAKOA PAHANG.
KE ARAH JABATAN BERINTEGRITI DAN BERINOVASI