Portal Rasmi
JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Jabatan Kemajuan Orang Asli

Sumbangan kepada pengusaha chalet dan penduduk Kampung Orang Asli Rening, Pos Telanok, Cameron Highlands

YBhg Datin Zuraidah Binti Endot, Presiden Badan Kebajikan Mutiara Putrajaya (BKMP) telah menyampaikan sumbangan kepada pengusaha chalet dan penduduk Kampung Orang Asli Rening, Pos Telanok, Cameron Highlands pada 1 April 2021 yang lalu.
 
Sumbangan berkenaan telah disampaikan melalui Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.
 
Sumbangan berupa 15 set kelengkapan chalet (Tilam, Bantal, Set Cadar, Cermin & Pelapik Kaki) dan 43 set bakul makanan serta peralatan kebersihan (Hygiene kit).
 
Adalah diharapkan sumbangan yang diberikan dapat membantu pengusaha chalet dan meringankan beban penduduk kampung yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
 

YBhg Datin Zuraidah Binti Endot, Presiden Badan Kebajikan Mutiara Putrajaya (BKMP) telah menyampaikan sumbangan kepada…

Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Wednesday, April 7, 2021
Last Updated : 8 / 05 / 2021 09:47 PM