Suntikan vaksin Covid-19 KOA Bkt. Payung, Alor Gajah, Melaka

6 Julai 2021 – Seramai 314 orang masyarakat Orang Asli menerima suntikan vaksin Covid-19 di Kampung Orang Asli (KOA) Bukit Payung, Alor Gajah, Melaka.
 
YB Dato’ Henry Sum Agong, Timbalan Menteri II KPLB turut hadir menyaksikan peningkatan jumlah penduduk KOA Bukit Payung yang bersetuju untuk divaksin dan sanggup berbaris sejak awal pagi. Pada April 2021, jumlah yang bersetuju adalah 139 orang sahaja.
 
Peranan yang dimainkan oleh Tok Batin, Pengerusi JPKKOA, JAKOA dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) merupakan penyumbang utama kepada peningkatan jumlah penduduk kampung yang bersetuju untuk mengambil suntikan vaksin.
 
Kemaskini Terakhir : 6 / 07 / 2021 09:11 AM