Syabas dan selamat maju jaya buat Emyrol a/k Sidol dan Nor Izam a/k Amran bagi pelantikan ke jawatan Konstabel Polis Orang Asli ke dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia.

Syabas dan selamat maju jaya buat Emyrol a/k Sidol dari KOA Langkap Dangi dan Nor Izam a/k Amran dari KOA Sawah yang telah selesai semua tapisan bagi pelantikan ke jawatan Konstabel Polis Orang Asli ke dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia.
Mereka antara lebih 70 orang calon-calon lain yang telah berjaya melepasi semua peringkat saringan dan telah melapor diri di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta, Perak bagi menjalani Kursus Asas PGA.
Semoga cekal dan tabah sepanjang tempoh latihan dan pulang dengan penuh rasa bangga.
Kemaskini Terakhir : 7 / 10 / 2020 12:00 AM