Portal Rasmi
JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Jabatan Kemajuan Orang Asli

Tahniah adik Zahra telah mencatat keputusan 10A dalam peperiksaan SPM

JAKOA turut berbangga dengan kejayaan adik Zahra Akhtar binti Azman (Suku Kaum Jakun) yang belajar di MRSM Langkawi kerana telah mencatat keputusan 10A dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.
 
Ucapan tahniah juga kepada ibu bapa beliau kerana telah berjaya mendidik adik Zahra mendapatkan keputusan cemerlang walaupun tanpa bantuan daripada JAKOA.
 
Ini merupakan matlamat JAKOA untuk membina generasi masyarakat Orang Asli yang dapat berdiri dengan sendiri.
 
Last Updated : 15 / 06 / 2021 09:31 AM