Tahniah Edmund Ross Williams Hunt!

TAHNIAH!!!
 
JAKOA mengucapkan tahniah kepada Edmund Ross Williams Hunt telah berjaya menamatkan pengajian beliau di peringkat Sarjana dalam bidang teater muzikal dengan kepujian dari Goldsmiths University of London di bawah tajaan Anugerah Biasiswa Chevening.
 
Edmund merupakan salah seorang daripada 38 sarjana Malaysia yang dianugerahkan biasiswa tersebut oleh Foreign, Commonwealth & Development Office (FDCO) United Kingdom pada tahun 2020.
 
Seramai 1,300 sarjana telah terpilih sebagai penerima anugerah biasiswa tersebut di seluruh dunia daripada 60,000 permohonan.
 
Anak jati kelahiran negeri Perak Darul Ridzuan, Edmund adalah keturunan Orang Asli dari suku kaum Semai.
 
Dalam masa yang sama, Edmund turut mengikuti kursus Creative Producing di CGO Institute pada tahun 2021 secara separuh masa dan berjaya merangkul diploma.
 
Selain itu, Edmund memegang Ijazah Bacelor Sains (Pemakanan & Kesihatan Komuniti) dari Universiti Putra Malaysia dan Ijazah Kepimpinan Pendidikan (Lulus dengan Kepujian) dari Universiti Malaya.
 
Beliau turut pernah mengikuti kursus pendek dalam bidang teater dan seni persembahan di National Institute of Dramatic Art, Sydney, Australia dan Royal Conservatoire of Scotland, Glasgow, United Kingdom.
 
Sebelum ini, Edmund pernah berkhidmat sebagai Pegawai Sains (Pemakanan) di Kementerian Kesihatan Malaysia dan Penolong Pendaftar di Universiti Malaya.
 
272950738 249382017359110 5469958937289209058 n
Kemaskini Terakhir : 15 / 03 / 2022 12:00 AM