Tahniah Heng Wei Ming Atas Pencapaian Cemerlang Dalam Keputusan SPM

Tahniah diucapkan kepada saudara Heng Wei Ming atas pencapaian cemerlang dalam keputusan SPM.

Sumber: Persatuan Mahasiswa Orang Asli Malaysia – PMOA

Persatuan Mahasiswa Orang Asli Malaysia (PMOA) ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada saudara Heng Wei Ming di atas pencapaiannya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini iaitu 8A 1B.
 
Anak Orang Asli suku kaum Jakun ini telah bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK (C) ) Kuang Hwa dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Cenderawasih dengan memperolehi 9A dalam peperiksaan percubaan.
 
Anak jati Kampung Gedung Siam ini juga bercadang untuk melanjutkan pengajian di kolej matrikulasi selepas SPM. Sekiranya diberikan peluang untuk menuntut ilmu hingga ke menara gading dan rezeki menyebelahinya, saudara Heng Wei Ming merancang untuk menumpukan minat serta kecenderungannya dalam bidang kejuruteraan.
 
Perasaan minat dalam arus pendidikan bermula sejak berada di Tingkatan 3 lagi. Tambahan pula, mempunyai cita-cita serta impaian yang besar menjadi faktor pemangkin kepada dirinya untuk berjaya dalam bidang akademik. “ I want to use my knowledge to change my life and those who are in need. I want to make the world a better place”, ujar anak bongsu daripada 3 adik-beradik ini.
 
Di samping menonjolkan kecemerlangan dalam bidang akademik, saudara Heng Wei Ming juga turut aktif melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kokurikulum dengan memegang jawatan, menyertai pertandingan dan sukan turutamanya sukan Wushu. Dia juga telah menitipkan pesanan kepada remaja di luar sana khususnya anak Orang Asli di luar sana, “Hardwork beats talent when talent doesn’t work hard”. Dia turut menitipkan penghargaan kepada pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) kerana telah memberikan pelbagai sumbangan seperti alat tulis serta pakaian sekolah sepanjang sesi persekolahannya.
 
@jason_heng05
@jakoamalaysia