Tak Boleh Keluar Masuk Kampung Sesuka Hati

GUA MUSANG, 24 Sept – Ketika pelbagai kelonggaran diberi sejak Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan, komuniti Orang Asli di Pos Simpor di sini pula sebaliknya apabila tetap meneruskan ‘PKP’ di kawasan perkampungan mereka.
 
Seorang penduduk Pos Simpor, Assim Ali, 40, berkata, pihaknya mengambil inisiatif membuat sekatan jalan kerana tidak mahu penularan Covid-19 di kampung-kampung di pedalaman tersebut baru-baru ini berulang lagi.
 
Katanya, kebanyakan kampung di Pos Tohoi, Pos Bihai, Pos Balar, Pos Simpor, Pos Belatim dan Pos Hau sudah mendirikan sekatan masing-masing sejak dua bulan lalu.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff yang turun padang meninjau kawasan memuji langkah penduduk di pedalaman membina sekatan di laluan masuk ke kampung mereka.
 
Katanya, usaha itu dibuat secara sukarela oleh penduduk tanpa diarahkan mana-mana pihak dan menunjukkan mereka serius mahu menangani penularan wabak Covid-19 di kawasan penempatan mereka.
 
Kemaskini Terakhir : 24 / 09 / 2021 11:20 AM