Taklimat dan penyerahan borang permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Kuantan.

Taklimat dan penyerahan borang permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Kuantan.
PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL
KATEGORI PEMOHON.
Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut:.
*Perempuan (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:
i.Taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
ii.Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah
iii.Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)
Nota:
1.Sila isi borang mengikut negeri pemohon.
2.Pemohon perlu log masuk ke akaun google untuk mengisi borang permohonan.
3.Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Wakil
Rakyat/Penggawa/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi MPKK(Majlis Pengurusan Komuniti Kampung)/Ketua Kaum/Ketua Anak Negeri/Pesuruhjaya
Sumpah. Cop pegawai atau saksi hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat di mana pegawai bertugas.
4.Pendaftaran secara dalam talian dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah malam. Selepas tempoh masa tersebut, akses borang akan
ditutup bagi tujuan pengemaskinian data.
5.Maklumat lanjut mengenai bantuan sila klik .
*Kategori ii : bersuami juga layak memohon jika suami tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja*
Semoga bermanafaat buat yang memerlukan bantuan.
 

Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Tuesday, August 11, 2020

Kemaskini Terakhir : 12 / 09 / 2020 12:00 AM