Taklimat & Lawatan YBM JPM (Ekonomi) ke KOA Kuin/Lengit, RPS Iskandar, Pahang

BERA, 24 April – Sesi taklimat dan lawatan turun padang ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).
Turut hadir bersama ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Norolazali bin Sulaiman, SSAP., DIMP., ; Ketua Pengarah JAKOA, Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor, serta Pengarah JAKOA Negeri Pahang, En. Johari bin Alwi.
 
Kerajaan telah menyasarkan untuk membasmi golongan miskin tegar dan kemiskinan secara keseluruhannya dalam tempoh tiga tahun, tanpa mengira etnik. Harapan pihak kerajaan agar kawasan luar bandar tidak akan mempunyai penduduk miskin menjelang tahun 2025.
 
Dalam sesi taklimat ini kerajaan akan membangunkan sumber ekonomi pendapatan melalui projek ekonomi yang mampu mendatangkan hasil ekonomi kepada KIR berkenaan disamping menjadi role model bagi kampung dalam mengusahakan projek ekonomi.
 
Kemaskini Terakhir : 24 / 05 / 2022 11:50 PM