Takziah kepada keluarga Mendiang Koperal Baharuddin Ramli

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA MENDIANG KOPERAL BAHARUDDIN.
 
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga mendiang Koperal Baharuddin Ramli dari Batalion 3 (Senoi Praaq), Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA), yang terkorban akibat cedera parah selepas terkena tembakan musuh semasa menjalankan tugas mengawal keselamatan di sempadan Malaysia – Thailand dalam Op Benteng, awal pagi tadi.
 
Insiden berbalas tembakan yang berlaku antara anggota PGA itu dengan dua kumpulan penyeludup tercetus ketika beliau sedang menjalankan risikan di Tembok Sempadan (TS9) di mana, turut mencederakan seorang lagi rakan setugas mendiang.
 
Sesungguhnya, pemergian Koperal Baharuddin merupakan satu kehilangan besar buat Pasukan kerana sanggup mempertaruhkan nyawa demi mempertahan kedaulatan negara daripada ancaman musuh.
 

Takziah kepada keluarga Mendiang Koperal Baharuddin Ramli. #berkorbandeminegara #senoipraaq

Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Monday, November 23, 2020
Kemaskini Terakhir : 24 / 12 / 2020 12:00 AM