Taskforce bagi menjalankan kerja-kerja penyelidikan di Perkampungan Orang Asli Bawong, Sg. Siput, Perak

15-19 Mac 2021, Kampung Orang Asli Bawong, Sg. Siput, Perak – Unit Muzium (Warisan dan Budaya), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Ibu Pejabat JAKOA bersama-sama dengan JAKOA Negeri Perak dan Kedah telah mewujudkan taskforce bagi menjalankan kerja-kerja penyelidikan di Perkampungan Orang Asli Bawong bagi pengisian pameran di Galeri Orang Asli Bawong, Sg. Siput, Perak.
 
Antara aktiviti kajian penyelidikan yang bersifat kualitatif ini adalah dengan membuat semakan bahan bertulis, buku, dokumen, data-data, dan sebarang penerbitan untuk pengisian galeri. Selain itu, pegawai JAKOA turut mengenal pasti jenis koleksi dan pendokumentasian artifak.
 
Metod penyelidikan ini juga termasuk temubual Tok Batin dan Orang lama untuk perkongsian sejarah dan kebudayaan setempat. Rekod bergambar kampung dan bentuk rumah tradisi warisan juga turut dikenalpasti untuk laporan penyelidikan.
 
Hasil penyelidikan dan pendokumentasian sejarah dan koleksi artifak dan kraftangan Orang Asli tempatan ini sangat bernilai untuk memartabatkan seni warisan Orang Asli terutamanya untuk pengetahuan bidang sejarah, antropologi dan sosiologi generasi muda khususnya dan rakyat Malaysia umumnya dalam mendepani arus globalisasi pemodenan.
 

15-19 Mac 2021, Kampung Orang Asli Bawong, Sg. Siput, Perak – Unit Muzium (Warisan dan Budaya), Bahagian Perancangan…

Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Wednesday, March 17, 2021
Kemaskini Terakhir : 19 / 04 / 2021 12:00 AM