Terima kasih atas jemputan menghadiri Mesyuarat Hala Tuju Strategik 2021 Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Terima kasih atas jemputan menghadiri Mesyuarat Hala Tuju Strategik 2021.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

yang telah pun berlangsung selama 3 hari.

Alhamdulillah saya berpeluang ikuti hampir semua pembentangan dan diskusi yang turut disertai oleh YB Menteri, YB Timbalan Menteri 2, Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha D & P, Ketua-Ketua Agensi, SUB-SUB, Ketua-Ketua Unit dan Pegawai-Pegawai yang terlibat.
 
Dalam mesyuarat ini telah diutarakan beberapa isu dan cabaran utama serta digariskan usaha-usaha yang dirancang untuk tangani cabaran tersebut.
 
Fokusnya adalah untuk membentuk strategi paling sesuai dan efektif dengan menggunakan sumber paling efisien bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat luar bandar.
Saya juga telah utarakan isu berkenaan keperluan asas masyarakat luar bandar terutama dalam menangani masalah ketiadaan bekalan air, elektrik dan jalan perhubungan.
 
Saya kagum melihat penglibatan semua ahli mesyuarat dan mendoakan supaya kita dikurniakan kesihatan dan kekuatan oleh Allah SWT untuk melaksanakan strategi yang telah dirancang, terutama dalam menyantuni keperluan serta kehendak masyarakat luar bandar khususnya melibatkan mereka yang terjejas akibat Pandemik Covid-19.
 
Tahniah saya ucapkan.
 
Kemaskini Terakhir : 14 / 04 / 2021 12:00 AM