The Botaks Raih Anugerah Khas – Anugerah Sukan Negara 2019/2020

Pasukan Bolasepak SK Lemoi baru-baru ini telah menerima Anugerah Khas Anugerah Sukan Negara 2019/2020 daripada Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu di sebuah majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur.
 
Anugerah yang diterima merupakan anugerah kepada individu atau badan yang bukan dalam arus perdana tetapi mempamerkan kesungguhan dan komitmen di luar kebiasaan dan kemampuan dalam menghasilkan sesuatu prestasi yang membanggakan.
 
Untuk makluman, pasukan bolasepak SK Lemoi ataupun The Botaks adalah juara bagi Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Cameron Highlands bagi tahun 2018 & 2019. 
 
Selain itu, buat julung kalinya majlis penganugerahan ini telah diadakan secara bersekali bagi tahun 2019/2020 oleh kerana pandemik yang melanda sebelum ini.
 
Tahniah dan syabas diucapkan.
 
Kemaskini Terakhir : 25 / 04 / 2022 12:00 AM