Tinjauan KP JAKOA Ke KOA Simpang Arang Dan KOA Kuala Masai

JOHOR BAHRU, 25 Sept – Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor telah meninjau proses pemvaksinan masyarakat Orang Asli di KOA Simpang Arang.
 
Seramai 117 orang telah menerima vaksin pada sesi yang berlangsung di sebelah pagi tadi.
 
Pengarah JAKOA Johor, Tuan Faisal bin Long turut memberi taklimat ringkas berkenaan status terkini COVID-19 di negeri ini di Balai Rawatan KOA Simpang Arang.
 
Cakna dengan kebajikan penduduk setempat, bantuan ekonomi berupa alatan bantuan perikanan telah diserahkan kepada 10 orang nelayan yang memerlukan.
 
Selepas itu, Puan Hajah Sapiah yang turut diiringi oleh Senator Orang Asli merangkap Ahli Dewan Negara, YB Senator Dato’ Haji Isa bin Ab Hamid sepanjang rangka lawatan telah dibawa ke KOA Kuala Masai untuk meninjau aktiviti penternakan kupang penduduk kampung di sana.
 
Seramai 53 peserta Orang Asli telah menyertai projek penternakan tersebut.
 
Dengan kadar pemvaksinan yang sedang dipergiatkan, diharapkan aktiviti ekonomi masyarakat Orang Asli Johor turut dapat berkembang maju.
 
Kemaskini Terakhir : 25 / 10 / 2021 12:21 AM