Tinjauan Tapak Projek Bina Baru Tabika JAKOA 2020 Negeri Pahang

TINJAUAN TAPAK PROJEK BINA BARU TABIKA JAKOA 2020.
 
Bagi tahun ini, Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang (JAKOA) telah berjaya memperolehi slot kuota dalam peruntukan bagi projek bina baru tabika JAKOA Malaysia. Antara tapak kampung yang terpilih adalah Kampung Orang Asli Belukar Nangka, Pekan, Kampung Orang Asli Garam, Lipis dan Kampung Orang Asli Sempar Pos Titom, Lipis.
 
Projek yang menelan belanja sehingga mencecah jutaan ringgit ini dilengkapi dengan kemudahan seperti penyediaan jalan raya premix, penapis air bersih, halaman tempat letak kenderaan, penyediaan saluran air, sistem pembentung yang efisien, keselamatan pintu pagar dan kemasan halaman yang turut dilengkapi alat permainan luar kanak-kanak.
 
Selain itu, bagi mengekalkan kebersihan tabika dalam mengawal pembuangan sisa pepejal, pihak jabatan telah membuat penambahan dengan menyediakan tapak yang turut dibangunankan menjadi rumah sampah.
 
Pada 08 Disember 2020 (Selasa), Encik Muhammad Hazwan bin Mohd Rozi, Penolong Jurutera JAKOA Pahang serta Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Pekan(PKOAD) Encik Abd Razak bin Ahmad ditemani Encik Muda bin Aris (Unit Pendidikan) membuat tinjauan tapak projek dengan membuat ukuran tanah bersama Encik Abu Hassim bin Jamaluddin (Ketua Seksyen PMK JAKOA Pahang) dan Encik Mohd Zuhair bin MdShah (Unit Non Formal) dan sekaligus membuat perbincangan dan penerangan kepada penduduk kampung terutama Ybrt Batin bagi mendapat persetujuan bersama.
 
Oleh itu, pihak jabatan berharap setempat dapat bersama-sama menjaga tabika yang bakal dibangunkan ini dengan baik supaya dapat dimanfaatkan sehingga ke generasi seterusnya.
 
JAKOA PAHANG
KE ARAH JABATAN BERINTEGRITI DAN BERINOVASI
 
Kemaskini Terakhir : 9 / 01 / 2021 12:00 AM