Tinjauan Usahawan OA Pahang berjaya dalam bidang pertanian

Tinjauan Usahawan OA Pahang berjaya dalam bidang pertanian di Kampung Orang Asli Sungai Bilut, Raub.
 
20 Ogos 2021 – AZMANI BIN NURDIN adalah usahawan tani Orang Asli yang berjaya, berasal dari Kampung RPS Orang Asli Sungai Bilut, Raub Pahang. Beliau berumur 22 tahun, suku kaum Temuan.
 
Lawatan tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Haji Shahiruddin Ab. Moin, ADUN Dong, Timb. Ketua Pengarah Pembangunan JAKOA, Tuan Haji Zamri bin Mustajap diiringi Pengarah JAKOA Pahang, En. Johari bin Alwi serta Pengarah Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan, En Azlan bin Mohammad.
 
JAKOA mengucapkan tahniah di atas kejayaan kepada Azmani bin Nurdin dan berharap agar lebih ramai lagi golongan muda Orang Asli mencipta kejayaan dimasa akan datang.
 
Kemaskini Terakhir : 21 / 08 / 2021 02:27 PM