TNB Bekal Elektrik Kepada KOA Kuala Koh

GUA MUSANG, 29 Sept – Seramai 230 keluarga Orang Asli Bateq di Kampung Kuala Koh di sini akhirnya dapat menikmati bekalan elektrik selepas 30 tahun mereka menunggu.
Penerimaan bekalan elektrik itu menjadi kenyataan selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalankan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar di kawasan berkenaan.
 
Penghulu Kampung Kuala Koh, Mohamad Pokok berkata, kemudahan itu adalah janji pihak kerajaan kepada penduduk Orang Asli Kuala Koh selepas mereka berdepan dengan penularan wabak Measles atau demam campak kira-kira lima tahun lalu.
 
Sumber: Kosmo Online
Kemaskini Terakhir : 29 / 10 / 2021 12:00 AM