Turun Padang Yakinkan Masyarakat Orang Asli

Kuala Berang, 25 Sept – Iniasitif petugas kesihatan, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan wakil penduduk turun padang memberi penerangan dari rumah ke rumah berjaya menyakinkan masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Berua di sini untuk menerima suntikan Covid-19.
 
Langkah diambil itu bagi memberi keyakinan kepada masyarakat Orang Asli di perkampungan itu yang sebelum ini masih takut kerana terpengaruh dengan pelbagai cerita negatif yang disebarkan.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Berua, Alias Pelong berkata, dia bersyukur apabila program suntikan vaksinasi yang dilakukan mendapat sambutan apabila penduduk di sini turun memberi kerjasama.
 
Kemaskini Terakhir : 1 / 10 / 2021 09:31 AM