
Prosedur Bagi Permohonan Penyelidikan di Perkampungan Orang Asli Atau Fasiliti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
(Tarikh kemaskini : 9 Julai 2020)
- Permohonan untuk melakukan penyelidikan hanya menggunakan Borang Permohonan Kajian. Borang berkenaan boleh dimuat turun melalui laman web JAKOA di www.jakoa.gov.my dan klik pautan menu ePerkhidmatan > Muat Turun Borang > Borang Penyelidikan
- Permohonan kajian yang dibuat secara berkumpulan hanya dibuat menerusi Pengurus Projek/ Ketua Projek.
- Pemohon perlulah menghantar borang permohonan kajian 14 hari awal dari tarikh sebelum menjalankan penyelidikan di perkampungan Orang Asli atau di fasiliti JAKOA.
- Sekiranya penyelidikan berkaitan pendidikan yang menggunakan fasiliti, data dan/atau pelajar Orang Asli fasiliti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pemohon perlu mengemukakan permohonan daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM melalui pendaftaran atas talian, http://eras.moe.gov.my (sumber : http://www.moe.gov.my).
- Sekiranya penyelidikan berkaitan pendidikan tinggi yang menggunakan fasiliti, data dan/atau pelajar Orang Asli fasiliti Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pemohon perlu memohon kelulusan kajian terlebih dahulu daripada Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar, KPT.
- Sekiranya penyelidikan berkaitan kesihatan yang menggunakan fasiliti, data dan/atau pesakit fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pemohon perlu didaftarkan secara atas talian di National Medical Research Register (NMRR) – https://nmrr.gov.my (sumber : Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil. 10/2015) . Manakala bagi kajian kesihatan tanpa perlu melalui NMRR, pemohon perlu mendapatkan surat kelulusan daripada lembaga etika penyelidikan yang berkaitan.
- Bagi pengkaji daripada Universiti Luar Negara, pemohon perlu mendapatkan surat kelulusan kajian terlebih dahulu daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Sebarang pertanyaan boleh berhubung melalui e-mail, oridb@epu.gov.my atau talian telefon di 603-8872 3254.
- Permohonan kajian yang lengkap mestilah disertakan dengan dokumen – dokumen seperti berikut:-
- BORANG PERMOHONAN KAJIAN – Borang permohonan bagi melakukan Kajian Penyelidikan di Perkampungan Orang Asli. SILA SERTAKAN APPENDEX 1 YANG TELAH DITANDATANGANI;
- SURAT PENGESAHAN STATUS PELAJAR daripada Universiti / Kolej;
- CADANGAN PENYELIDIKAN yang lengkap mengandungi, Bab 1: Pengenalan, Bab 2: Tinjauan Literatur dan Bab 3: Metadologi
- SURAT KELULUSAN KAJIAN BAGI PERKARA (4), (5), (6), ATAU (7) bagi kajian berkaitan.
- Permohonan akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen permohonan lengkap diterima. Semua kelulusan bagi melakukan program akan dimaklumkan melalui emel dan juga pos.
- Setelah diluluskan, pemohon mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan. Jabatan Kemajuan Orang Asli berhak membatalkan kelulusan jika mendapati pengkaji melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
- Satu naskah laporan/ tesis kajian dalam bentuk hardcopy dan softcopy hendaklah diserahkan kepada :
Pengarah Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan
Tingkat 3, Wisma Golden Eagle Realty,
142-C, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur
(U/P: Unit Kajian)
- Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui e-mail, unitkajian@jakoa.gov.my atau melalui telefon 03-21610577 ext 321 / 330.
MUAT TURUN BORANG PENYELIDIKAN PADA BUTANG DIBAWAH:-