Vaksinasi Dos Penggalak (Booster) Kepada Masyarakat Orang Asli Negeri Melaka

Sehingga kini seramai 660 individu atau 55.8% masyarakat Orang Asli di Melaka telah menerima dos ketiga atau Booster Covid-19.

Sambutan yang amat positif ini berikutan masyarakat Orang Asli di sini rata-ratanya semakin memahami situasi endemik pada ketika ini dan juga bagi memastikan mereka sentiasa mendapat perlindungan yang terbaik dan tertinggi.

Sebagai rekod, penduduk di 12 buah kampung di daerah Alor Gajah dan Jasin telah selesai menjalani program suntikan dos penggalak ini dan baki 2 buah kampung lagi dijadualkan pada minggu hadapan.
 
Terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah dan Jasin atas kerjasama dalam menjayakan program ini.
 
Kemaskini Terakhir : 13 / 05 / 2022 09:48 AM