Vaksinasi Masyarakat Orang Asli Di Pos Gob, Kelantan

Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) terus mempergiatkan pelaksanaan Program Outreach Vaksinasi Orang Asli bagi memastikan masyarakat itu tidak tercicir daripada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
 
Di program hari ini, YB Dato Sri’ Abdul Rahman Bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar hadir bersama-sama YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan YBrs Puan Hajah Sapiah Mohd Nor, Ketua Pengarah JAKOA demi memastikan bahawa kebajikan dan keselamatan Orang Asli di Kawasan Pos Gob terjaga.
 
Dalam kawasan Pos Gob pada hari ini, jumlah penduduk Orang Asli ialah 818 manakala jumlah layak disuntik ialah 418. Jumlah awal yang setuju divaksin ialah 90 orang dan kami bahawa yakin jumlah ini akan bertambah pada hari ini.
 
Sebanyak 200 dos vaksin Cansino yang hanya memerlukan 1 dos lengkap disediakan bersama dengan petugas kesihatan secara keseluruhan supaya mereka yang ingin mengambil dos pada hari ini akan menerimanya dengan kadar segera.
 
Untuk rekod, 10,535 Orang Asli di Kelantan layak divaksin. 3,807 Orang Asli telah menerima vaksin (36.1%) dan daripada jumlah itu, seramai 1,748 telah menerima vaksinasi lengkap dengan 1,146 orang menerima dos CanSino (vaksin lengkap = 16.6%) (Data JAKOA setakat jam 6:00 petang 17 September).
 
KPLB dan JAKOA turut berganding bahu dengan KKM, CITF dan Jabatan Bomba dalam mengambil langkah proaktif dengan membawa bekalan vaksin ke kampung Orang asli yang jauh di pedalaman dan mempunyai cabaran dari segi akses.
 
Kemaskini Terakhir : 18 / 09 / 2021 08:51 AM