Wanita Muda Orang Asli Gerakkan Usaha Tarik Komuniti Terima Vaksin

PETALING JAYA, 23 Sept – Proses pendaftaran vaksinasi Covid-19 bukan satu perkara mudah untuk kebanyakan rakyat di negara ini apatah lagi bagi komuniti Orang Asli di kawasan pedalaman yang sukar mendapat akses teknologi.
 
Ia bertambah sukar apabila segelintir daripada mereka khususnya warga emas, enggan menerima suntikan disebabkan kurangnya penyebaran maklumat mengenai vaksin untuk memberi keyakinan.
 
Menyedari situasi itu, beberapa wanita muda dalam kalangan komuniti Orang Asli berusaha keras untuk mengalakkan lebih ramai penduduk terbabit menerima suntikan vaksin.
Salah seorang daripada mereka yang juga wanita muda kaum Semelai di Negeri Sembilan, Yaliyana Lenab kini menggerakkan usaha vaksinasi di kampungnya untuk meyakinkan penduduk mendaftar program berkenaan.
 
Wanita Orang Asli pelbagai kaum lain di seluruh negara turut menggerakkan usaha yang sama di kampung masing-masing.
 
Sementara itu, Diana Tan dari Rompin, Pahang sempat menceritakan mengenai kerjasamanya dengan belia di kampungnya dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
 
Dia percaya, belia boleh memainkan peranan penting dalam menggalakkan lebih ramai orang terutamanya masyarakat Orang Asli untuk mendaftar vaksin.
 
Kemaskini Terakhir : 23 / 09 / 2021 10:51 AM