Warga emas tidak mahu ketinggalan terima suntikan vaksin

Warga emas tidak mahu ketinggalan terima suntikan vaksin.
 
PORT DICKSON, 21 Jun 2021 – Sedar kepentingan vaksin, Minah ak Kau, 74 tahun tidak melepaskan peluang menerima suntikan vaksin Covid-19.
 
Beliau merupakan warga emas penduduk Kampung Orang Asli Sunggala menerima suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 kebangsan (PICK) Program Vaksinasi Pusat Pemberian Vaksin (PVV) Pejabat Kesihatan Port Dickson yang diadakan di balairaya Kampung Orang Asli Sunggala.
 
Pada hari ini seramai 57 penduduk menerima suntikan dos pertama. Kampung Orang Asli Sunggala merupakan kampung terakhir bagi terakhir bagi perkampungan Orang Asli Daerah Port Dickson yang melaksanakan program vaksinasi anjuran JAKOA dan Pejabat Kesihatan Port Dickson.
 
Kemaskini Terakhir : 22 / 06 / 2021 04:19 PM