MAJLIS PENYERAHAN KENDERAAN MITSUBISHI TRITON VGT At 2.4 CC

23 Nov 2023, Putrajaya – Majlis Penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor, Ketua Pengarah JAKOA di Ibu Pejabat JAKOA.
 
9 buah kenderaan telah diserahkan kepada JAKOA Negeri Kelantan & Terangganu, Perak & Kedah, Pahang, Selangor & WP, Negeri Sembilan & Melaka serta Johor bagi memudahkan dan melancarkan kerja-kerja JAKOA memasuki ke KOA.
 

PROGRAM JANGKAUAN PARLIMEN: BENGKEL PEMANTAPAN BELIA ORANG ASLI TAHUN 2023

Pusat Latihan JAKOA Damansara Damai, 28/10/2023-
Ketua Pengarah JAKOA, YBhg. Datuk Hajah Sapiah Binti Dato’ Mohd Nor telah menyampaikan taklimat dan mengadakan sesi soal jawab bersama peserta Program Jangkauan Parlimen: Bengkel Pemantapan Belia Orang Asli Tahun 2023.
 
Program yang julung kali diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada belia Orang Asli mengenai Institusi Parlimen Malaysia dan sistem pentadbiran Kerajaan Malaysia.
 
Program ini diadakan dengan usahasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan melibatkan peserta yang terdiri daripada mahasiswa Orang Asli yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Melalui pelaksanaan program ini, ia dapat melahirkan belia yang bersemangat patriotik dan aktif berpartisipasi sekaligus bertepatan dengan matlamat Dasar Pembangunan Belia Negara.
 
Turut hadir serta pada sesi taklimat ini adalah YB Dato’ Ramli Bin Dato’ Mohd Nor, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Cameron Highlands.

RINGKASAN BELANJAWAN 2024 MALAYSIA MADANI

𝗥𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶, 𝗬𝗔𝗕 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗷𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗷𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵 𝗥𝗠𝟯𝟵𝟯.𝟴 𝗕𝗶𝗹𝗹𝗶𝗼𝗻.
 
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan masyarakat Orang Asli mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan atas pengumuman peruntukan berjumlah 333 juta dalam Belanjawan 2024.
 
Berdasarkan belanjawan yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri, ia telah merangkumi belanjawan untuk pengurusan, pembangunan modal insan, usahawan, perlaksanaan projek ekonomi, pendidikan dan prasarana, peluang pekerjaan, pemuliharaan alam sekitar dan hidupan liar.
 
JAKOA dibawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah akan terus berusaha untuk melaksanakan inisatif-inisatif yang dirangka melalui Belanjawan 2024 sebagai usaha berterusan dalam mensejahterakan masyarakat Orang Asli bertepatan dengan tumpuan kerajaan bagi “Peningkatan Darjat Hidup Rakyat”.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI BAGI PROGRAM SEPENUH MASA SESI II 2023/2024

Berita Baik Buat Calon Lepasan SPM Masyarakat Orang Asli!

Terdapat laluan khas sambung belajar ke Politeknik dan Kolej Komunti.
💵Bantuan kewangan JAKOA disediakan.
✅RM 1,750.00 (Program Sijil)
✅RM 4,080.00 (Program Diploma)
 
🧑‍💻Permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti bagi program sepenuh masa Sesi II 2023/2024 dibuka bermula 03 Oktober 2023 melalui
 
🧑🏻‍💻Semak *syarat kelayakan* anda di link http://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp sebelum membuat permohonan.
 
💭Sebarang pertanyaan sila hubungi kami:
📱019-8683738 (whatsapp sahaja) https://me-qr.com/kBBLqHzP
☎️03-80993786 (En Norikman)
☎️03-80903747 (Pn Aida)

PROGRAM JOM BELAJAR (MODEL CHUP BADUI SIKULAH)

SK SIONG ,BALING KEDAH,14-15 Oktober 2023, JAKOA telah menyertai satu lawatan kerja bersama rakan strategik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, telah mengadakan satu lawatan Kunjung Bantu Program Chup Badui Sikulah jumlah murid seramai 30 orang.
 
Kelas ini dilaksanakan dengan memastikan setiap murid Orang Asli dapat menguasai kaedah 3 M (Membaca, Mengira dan Menulis). Murid Chup Badui Sikulah merupakan kelas khas yang mana murid -murid ini berumur diantara 7-12 tahun.
 
Lawatan Kerja ini telah diketuai oleh Pn Zariana binti Abdullah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Model Khas dan Orang Asli, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

Program Pemerkasaan Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Negeri Pahang Tahun 2023

15-16 Oktober 2023, Temerloh, JAKOA telah melaksanakan Program Pemerkasaan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Negeri Pahang 2023 bertempat di Hotel Sri Malaysia Temerlong Pahang.
 
Program ini telah melibatkan peserta seramai 36 orang yang terdiri daripada Pengerusi dan Setiausaha JPKKOA Negeri Pahang. Tujuan program ini dilaksanakan adalah bagi memperkasa fungsi dan peranan JPKKOA untuk terus memberi khidmat bakti kepada masyarakat Orang Asli di kawasan kampung masing-masing.
 
Diantara pengisian yang terdapat dalam program ini adalah slot penerangan mengenai status dasar pembangunan Orang Asli serta Akta 134 dan juga penerangan mengenai fungsi dan peranan JPKKOA bagi mencapai KPI yang telah disasarkan oleh JAKOA
 
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor. Dalam majlis ini juga, simbolik Penyerahan Bantuan ‘One Off’ kepada pengerusi & setiausaha JPKKOA Negeri Pahang dan Simbolik Penyerahan Pakaian Sekolah telah diserahkan kepada pelajar SK Paya Taram, Temerloh.
 
Turut hadir serta dalam program ini adalah Encik Johari Alwi, Pengarah JAKOA Pahang serta Guru Besar SK Paya Taram Temerloh, Cikgu Mohd Saniy bin Abdullah.

SEMBILAN GOL BUKTI SAAP PERMATA BAHARU JDT, MALAYSIA

KUANTAN: Sembilan gol yang dijaringkan Saap Baharom buat Johor Darul Ta’zim (JDT) pada saingan Piala Supermokh, minggu lalu harus cukup membuktikan dia memiliki ciri-ciri penyerang yang berkualiti.

Ini diakui jurulatih pasukan Bawah 12 tahun (B-12) JDT, Hafiz Zainal yang menganggap ia permulaan yang baik dilakar pemain Orang Asli berkenaan selepas hanya kira-kira dua minggu mengikuti latihan bersama pasukan.

Menurutnya, Saap mempunyai kemahiran dan kesungguhan yang tinggi disokong dengan fizikal yang tegap, sekali gus ia menjadi kelebihan buat dirinya untuk muncul sebagai penyerang terbaik suatu hari nanti.

Katanya, di peringkat awal ini tumpuan terhadap Saap ialah untuk memastikan dia dapat menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan serta persekitaran baharu yang mungkin begitu asing buat dirinya.

 Sumber Berita Harian
 

BENGKEL KEPIMPINAN JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG ORANG ASLI (JPKKOA) NEGERI PERAK TAHUN 2023

12-13 Oktober 2023 telah diadakan Bengkel JPKKOA Peringkat Negeri Perak dengan kehadiran Pengerusi dan Setiusaha JPKKOA dari seluruh Negeri Perak Dan Kedah. Program ini adalah bertujuan, memantapkan peranan dan tugas Ahli JPKKOA selaras dengan transisi Kerajaan. Memberi pendedahan kepada ahli JPKKOA peranan, tanggungjawab dan kemahiran sebagai ahli JPKKOA yang professional kearah kecemerlangan diri dan organisasi Meningkatkan kemampuan untuk menjadi unit akar umbi yang proaktif dan berkesan. Meningkatkan komitmen dan kesanggupan ahli JPKKOA untuk menerima dan membantu kerajaan membangunkan kawasan luar bandar.
Majlis ini juga telah dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Hajah Sapiah Binti Dato Mohd Nor Ketua pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia.