Majlis Perasmian Bengkel Halatuju Dan Pemantapan Persatuan-Persatuan Serta Kursus Pemantapan Tadbir Urus Koperasi Orang Asli Negeri Perak Bagi Tahun 2020

01 November 2020 (Ahad), Hotel Coral Bay Pangkor – MAJLIS PERASMIAN BENGKEL HALATUJU DAN PEMANTAPAN PERSATUAN-PERSATUAN SERTA KURSUS PEMANTAPAN TADBIR URUS KOPERASI ORANG ASLI NEGERI PERAK BAGI TAHUN 2020.
 
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Isa bin Ab Hamid.Para peserta turut diberi kata-kata semangat agar masyarakat Orang Asli lebih berdaya maju setanding dengan masyarakat majmuk yang lain.
 
Turut hadir pada majlis ini Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah, Tuan Harulnizam bin Abd Rahman.
 
 

Kunjungi eKUD@KPLB 2020 secara dalam talian

MENGAPA KUD SECARA DALAM TALIAN? 🤔
 
👉🏻 Kesinambungan daripada KUD@KPLB Putrajaya 2019
👉🏻 Kaedah pemasaran norma baharu
👉🏻 Sejajar dengan inisiatif Kerajaan ke arah perniagaan digital
👉🏻 Membantu usahawan yang terjejas berikutan Covid-19
 
✅ WAJIB SERTAI.
✅ SIMPAN TARIKH.
✅ JOM BERBELANJA.
🎪 eKUD@KPLB 2020 ,
 
🗓‪ 4 – 6 DISEMBER 2020
📋 JUMAAT , SABTU & AHAD.
 
‘Duduk saja di rumah dan kunjungi eKUD@KPLB 2020 dari mana sahaja anda berada’.
 

Saksikan Majlis Pra Pelancaran eKUD@KPLB 2020

Hai semua! 🙋🏻‍♂️
 
Saksikan Majlis Pra Pelancaran eKUD@KPLB 2020, Karnival Usahawan Desa secara dalam talian di FB Rasmi @kplb_gov dan FB Rasmi @kud.kplb .
Anda juga boleh menyaksikannya di laman sesawang rasmi KPLB www.rurallink.gov.my dan laman sesawang rasmi eKUD@ KPLB 2020 www.ekud.my .
 
Majlis bakal dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad, Menteri Pembangunan Luar Bandar pada 3 November 2020 (Selasa) jam 10:30 pagi.
Jumpa anda semua disana!

KUD@KPLB Kembali Lagi. Kini Secara Dalam Talian!

KUD@KPLB KEMBALI LAGI 🎉
KINI SECARA DALAM TALIAN!
 
Saksikan Majlis Pra Pelancaran secara LANGSUNG di FB Kementerian Pembangunan Luar Bandar (@kplbofficial) & Karnival Usahawan Desa (@kud.kplb) pada Selasa, 3 November 2020 jam 10.30 pagi.
 
Jangan terlepas ya! 🤩

Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Tok-Tok Batin Negeri Perak Tahun 2020 di MH Hotel, Ipoh

29-30 Oktober 2020 – MH Hotel, Ipoh
Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak & Kedah telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Tok-Tok Batin Negeri Perak Tahun 2020.
Pengisian program kali ini adalah berbentuk majlis makan malam bersama pemimpin-pemimpin yang terdiri daripada barisan EXCO kerajaan Negeri Perak bersama Tok-Tok Batin dari seluruh daerah Negeri Perak. Antara pengisian lain adalah penyerahan watikah pelantikan batin baru serta penyampaian sumbangan sempena kecemerlangan anak Orang Asli yang berjaya meraih pingat dan tempat dalam acara sukan sepak takraw dalam kejohanan SUKMA serta telah menjadi salah sorang pelajar yang bernaung di bawah Majlis Sukan Kebangsaan Malaysia.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohd Zolkafly bin Harun, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam yang mewakili YB Dato’ Haji Saarani bin Mohamad. Hadir sama YB Puan Salbiah bt Mohamed Ahli Dewan Undangan Negeri Temengor, YBhg Prof Dr Juli Edo, Ketua Pengarah JAKOA Malaysia, Tuan Harulnizam bin Abd Rahman selaku Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah serta wakil-wakil EXCO kerajaan Negeri Perak.
Program diteruskan pada hari ini dengan slot taklimat PEKA B40 dan ceramah berkenaan Kesedaran Covid19 dan penerapan norma baharu dalam kehidupan yang telah disampaikan oleh YBrs Dr Hilmi bin Muhammad Hafni dari Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Selain itu, taklimat bersama YAYASAN Perak oleh Encik Ashraf bin Baharudin turut disampaikan berkenaan jenis-jenis bantuan yang boleh dipohon oleh anak-anak kelahiran Negeri Perak.