IKLAN JAWATAN KOSONG SHORT TERM EMPLOYMENT PROGRAM (PERSONEL GRAFIK)

MUAT TURUN IKLAN DAN BORANG PERMOHONAN DI BAWAH

IKLAN JAWATAN KOSONG
SHORT TERM EMPLOYMENT PROGRAM (PERSONEL GRAFIK)
TARIKH BUKA IKLAN: 7 OGOS 2023

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW). Jabatan ini berbesar hati ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan PERSONEL MySTEP:-

SYARAT PERMOHONAN:
✓ Warganegara Malaysia;
✓ Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada 29 Julai 2023;
✓ Mempunyai kelayakan akademik sebagaimana yang dinyatakan di dalam jadual;
✓ Berkemahiran menggunakan perisian (Microsoft Office Word, PowerPoint, Excel);
✓ Boleh menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan; dan
✓ Amanah, bertanggungjawab dan berdisiplin.

CARA MEMOHON:
1) Borang Permohonan JAKOA/A.1.513 boleh didapati di Laman Sesawang JAKOA www.jakoa.gov.my.
2) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan gambar terkini berukuran passport;
3) Hendaklah mengemukakan maklumat yang terkini untuk dihubungi;
4) Permohonan yang lewat diterima dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan;
5) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga;
6) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas empat (4) minggu dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya; dan
7) Borang permohonan perlu di kembalikan semula melalui pos atau emel alamat seperti dibawah :-

Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Orang Asli
(Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah)
Seksyen Pembangunan Sumber Manusia
Aras 9, Blok A, Bangunan Suasana PjH
Lot 2C5, Presint 2, Jalan Tun Abdul Razak
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
Tel : 03-8090 3600 ext 3639/3648
Emel : pengambilan@jakoa.gov.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 10 OGOS 2023

IKLAN JAWATAN KOSONG SHORT TERM EMPLOYMENT PROGRAM (PERSONEL MySTEP)

MUAT TURUN IKLAN DAN BORANG PERMOHONAN DI BAWAH

IKLAN JAWATAN KOSONG
SHORT TERM EMPLOYMENT PROGRAM (PERSONEL MySTEP)
TARIKH BUKA IKLAN: 29 JULAI 2023

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW). Jabatan ini berbesar hati ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan PERSONEL MySTEP:-

SYARAT PERMOHONAN:
✓ Warganegara Malaysia;
✓ Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada 29 Julai 2023;
✓ Mempunyai kelayakan akademik sebagaimana yang dinyatakan di dalam jadual;
✓ Berkemahiran menggunakan perisian (Microsoft Office Word, PowerPoint, Excel);
✓ Boleh menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan; dan
✓ Amanah, bertanggungjawab dan berdisiplin.

 

CARA MEMOHON:
1) Borang Permohonan JAKOA/A.1.513 boleh didapati di Laman Sesawang JAKOA www.jakoa.gov.my.
2) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan gambar terkini berukuran passport;
3) Hendaklah mengemukakan maklumat yang terkini untuk dihubungi;
4) Permohonan yang lewat diterima dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan;
5) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga;
6) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas empat (4) minggu dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya; dan
7) Borang permohonan perlu di kembalikan semula melalui pos atau emel alamat seperti dibawah :-

Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Orang Asli
(Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah)
Seksyen Pembangunan Sumber Manusia
Aras 9, Blok A, Bangunan Suasana PjH
Lot 2C5, Presint 2, Jalan Tun Abdul Razak
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
Tel : 03-8090 3600 ext 3639/3648
Emel : psm@jakoa.gov.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 04 OGOS 2023 (JUMAAT)

Kajian Kepuasan Pelanggan Bagi Perkhidmatan Kemudahan Sistem Air Bersih Di Kawasan Perkampungan Orang Asli

Bahagian Pembangunan Sosioekonomi sedang menjalankan kajian kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan kemudahan sistem air bersih di kawasan perkampungan Orang Asli sekitar Semenanjung Malaysia dan responden yang terlibat adalah masyarakat Orang Asli.

 

 

Klik capaian dibawah untuk menjalankan kajian kepuasan pelanggan :

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSccQyNR4_xVIEZ_CWM0Fy7SF7aQU9JiaCkR-uPGDTdzXN4XIA/viewform

SOAL SELIDIK PROFIL MEMBACA RAKYAT MALAYSIA 2022/2023

Assalamualaikum w.b.t dan Salam perpaduan

YBhg. Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sedang menjalankan Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2022/2023.Objektif kajian adalah untuk mewujudkan satu profil membaca rakyat Malaysia yang terkini bagi dijadikan sebagai rujukan mengenai kadar pembacaan dan tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
  2. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan, kajian ini melibatkan responden yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang bagi memastikan hasil dapatan adalah menyeluruh dan merangkumi dalam semua aspek. Tempoh kutipan data akan berlangsung bermula 6 Mac 2023 hingga 31 Julai 2023.
  3. Sehubungan itu, YBhg. Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puandijemput untuk klik pada pautan berikut untuk sertai kajian http://bit.ly/3kds99s atau imbas kod QR yang tertera di poster.  
  4. Untuk makluman, penyertaan YBhg. Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan akan menyumbang kepada data profil dan trend membaca rakyat Malaysia. Pelbagai hadiah menarik bakal dimenangi oleh peserta bertuah. 

Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan  dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Klik pada pautan berikut untuk sertai kajian http://bit.ly/3kds99s atau imbas kod QR yang tertera.

PROGRAM SKIM INSENTIF SOKONGAN KOPERASI (SISKOP) 2023

OBJEKTIF

  • Mengurangkan bebanan kewangan koperasi Orang Asli untuk meningkatkan produktiviti dan penghasilan output melalui pemberian bantuan input / peralatan yang bersesuaian;

  • Memberi peluang kepada koperasi mendapatkan bantuan peralatan / input bagi menceburi projek-projek ekonomi yang mampu memberikan pulangan yang tinggi;

  • Menyediakan platform kepada koperasi Orang Asli bersaiz mikro dan kecil sebagai booster untuk menaik taraf koperasi kepada kluster yang lebih baik; dan

  • Memperkasa koperasi Orang Asli sebagai agen yang menguruskan projek / program pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli.

SYARAT PERMOHONAN

  • Koperasi Orang Asli (sekurang-kurangnya 70% ahli koperasi terdiri daripada masyarakat Orang Asli dan sekurang-kurangnya 70% ahli lembaga koperasi terdiri daripada masyarakat Orang Asli);
  • Pendaftaran koperasi sah dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia;

  • Pengurusan koperasi yang memuaskan dan mematuhi Akta Koperasi 1993 (pindaan 2007);

  • Koperasi bebas daripada disenarai hitam oleh mana-mana agensi kerajaan atau institusi kewangan yang sah;

  • Koperasi memperoleh kebenaran/kelulusan bertulis daripada pihak berkuasa berkaitan bagi melaksanakan aktiviti ekonomi di atas tanah yang tidak diwartakan sebagai Kawasan Orang Asli (Seksyen 6 Akta 134) atau Rizab Orang Asli (Seksyen 7 Akta 134); dan

  • Koperasi mesti disyor dan disokong oleh Pejabat Kemajuan Orang Asli Daerah dan/atau Pejabat JAKOA Negeri

SKOP BANTUAN

Geran dengan nilai maksimum RM25,000.00 per koperasi (dalam bentuk peralatan atau input).

Senarai skop bantuan adalah seperti di lampiran.

KAEDAH PERMOHONAN

Koperasi yang berminat boleh memohon menggunakan Borang Permohonan Program SISKOP dan melampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan (seperti di lampiran). Borang yang lengkap perlu diserahkan kepada Pejabat JAKOA Daerah dan seterusnya ke Pejabat JAKOA Negeri.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

28 APRIL 2023 (JUMAAT)

PERMOHONAN QUICK WIN GERAN BANTUAN PERALATAN USAHAWAN BAGI TAHUN 2023

Objektif

  • Memberikan peluang kepada usahawan untuk mendapatkan bantuan peralatan bagi mengembangkan perniagaan;

  • Menyediakan platform kepada usahawan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan bagi meluaskan pasaran; dan

  • Meningkatkan pendapatan usahawan melalui peningkatan produktiviti pengeluaran serta kualiti produk.

Nilai & Skop

Geran ini akan diberi dalam bentuk peralatan (nilai maksimum RM5,000.00 per individu) dan tidak perlu dibayar balik.

Skop bantuan Quick Win Geran Bantuan Peralatan Usahawan bagi tahun 2023 adalah bagi pembelian atau baikpulih mesin/ peralatan (tidak termasuk peralatan ICT) dan pembekalan input/ bahan mentah bagi pengoperasian perniagaan.

Jenis Perniagaan Yang Layak Memohon

  • Pembuatan dan pemprosesan makanan dan minuman termasuk perkhidmatan catering, penjaja/ peniaga kecil dan peniaga kopi jalanan

  • Percetakan

  • Automotif seperti bengkel motorsikal dan bengkel kereta

  • Perkhidmatan yang memerlukan daya kemahiran sebagai aktiviti utama seperti perkhidmatan jahitan, gunting rambut, kraftangan, spa dan urutan, dandanan dan lain-lain

  • Pertanian meliputi aktiviti tanaman, ternakan dan perikanan. Penekanan diberikan kepada industri hiliran daripada produk/ aktiviti pertanian/ asas tani; dan

  • Peruncitan

Syarat-Syarat Permohonan

  • Orang Asli yang menjalankan perniagaan di Semenanjung Malaysia (sekurang-kurangnya 6 bulan ke atas)

  • Berumur 18 tahun ke atas

  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa dan disahkan oleh pegawai JAKOA Daerah/ Negeri

  • Usahawan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan diberi keutamaan

  • Jumlah pendapatan bersih bulanan di bawah RM5,000.00

  • Individu yang telah menerima bantuan geran JAKOA pada tahun 2021 dan 2022 tidak layak untuk memohon bantuan ini kecuali yang terjejas akibat bencana alam.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

21 APRIL 2023

Sila muat turun dokumen yang diperlukan

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PUSAT INTELEK PELAJAR ORANG ASLI (PIPOA) TAHUN 2023 BAGI MURID ORANG ASLI LEPASAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2022/2023

Tawaran permohonan kemasukan ke Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) telah dibuka. Sila lengkapkan Borang Permohonan Kemasukan ke Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) Tingkatan Satu Tahun 2023 Secara Atas Talian. Tarikh tutup permohonan iaitu pada 16 Februari 2023. Sila klik di pautan terlampir :- https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdE1FOFYGyt4g1F7kiwbeiavei3B1Zhpy9MQrSvP9oPNo3ZXA/viewform?usp=sharing

Sila berhubung dengan Unit Pendidikan Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) berhampiran atau menelefon di talian tertera untuk keterangan lanjut :-

1. Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Johor
Tel : 07-224 3901

2. Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang
Tel : 09-515 6425

3. Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak / Kedah
Tel : 05-254 0009

4. Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Kelantan / Terengganu
Tel : 09-744 3488

5. Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Sembilan / Melaka
Tel : 06-763 8815

6. Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor / Wilayah Persekutuan
Tel : 03-5519 0375

7. Pejabat Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) Rompin Pahang
Tel : 09-414 5053

#jakoamalaysia
#kkdw
#tugasmulia