Klinik E-Census Di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
8.9.2020 – Klinik e-Census telah diadakan di JAKOA HQ bertujuan untuk memberi kefahaman kepada penjawat awam di Jabatan tentang pelaksanaan Banci 2020 dan Hands on e-Census dalam memastikan penjawat awam dapat mengisi Borang E-Census dengan lengkap.

Klinik E-Census Di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) 8.9.2020 – Klinik e-Census telah diadakan di JAKOA HQ bertujuan…

Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Monday, September 7, 2020
Dewan Merdeka,Tapah , 8 Ogos 2020 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Yang berusaha Ketua Pengarah Prof.Dr Juli a/l Edo bersama Kementerian Sumber Manusia Yang Berhormat Datuk Seri M.Saravanan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan melaksanakan Program Kesedaran Dalam Kalangan Masyarakat Orang Asli mengenai bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara intensif.
Program yang sebelum ini diadakan di Cameron Higland bermula Januari tahun ini dan ia berjaya menarik minat masyarakat Orang Asli seramai 46 Orang Asli dan untuk meneruskan pengajian di institu latihan perindustrian dan diteruskan lagi di Daerah Tapah Perak. Selain itu, lawatan tapak pameran JAKOA turut diadakah di luar Dewan Merdeka Tapah.
Turut hadir Tuan Harulnizam bin Abd Raham Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Encik Shahul Hameed Dawood, Ketua Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Sunday, August 9, 2020

Jakoa Ipoh, 26 Februari 2020 – JAKOA Negeri Perak Dan Kedah pada hari ini telah menerima kunjungan daripada Y.Bhg. Prof. Dr. Juli Edo, Ketua Pengarah JAKOA sempena lawatan kerja singkat beliau ke JAKOA Negeri Perak Dan Kedah.
Walaupun dengan kesibukan jadual kerja di pejabat, Prof. Juli dengan sedaya upaya akan cuba meluangkan masa bertanya khabar dan perihal tugas semua kakitangan JAKOA yang beliau lawati. Terima kasih kepada Y.Bhg. Prof di atas kesudian membuat kunjungan ke JAKOA Negeri Perak Dan Kedah.

Foto: PRO Jakoa Perak & Kedah

#jakoa
#jakoaperakkedah
#tugasmulia