11.04.2021- Kampung Orang Asli Serigala, Hulu Bernam, Hulu Selangor. Program Komunikasi Tindakan Setempat (KOMTIS), Kempen Kesedaran Vaksin Covid-19 Anjuran Jabatan Penerangan Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor.
 
Program ini diadakan bersempena dengan Program Imunisasi Kebangsaan menggalakkan pendaftaran vaksin Covid-19 khususnya dari komuniti Orang Asli yang tiada liputan talian telefon dan internet. Antara aktiviti yang dijalankan:-
 
– Ceramah Kempen Kesedaran Vaksin Covid-19 dari Pejabat Kesihatan Daerah.
– Sesi Penerangan Pendaftaran Vaksin Covid-19 dari Jabatan Penerangan Negeri Selangor.
– Ceramah Kebersihan Diri dan Kesihatan Keluarga dari Pejabat Kesihatan Daerah.
 
Program telah dirasmikan oleh Tuan Ali Bin Suhaili, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Selangor dan turut dihadiri En. Zainul Adnan Bin Zainal Abidin, Pengarah JAKOA Negeri Selangor, Pn. Siti Rohana Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Selangor, En. Azri A/L Satun Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Hulu Selangor, Pegawai Penerangan Daerah Hulu Selangor, Kakitangan Jabatan Penerangan serta penduduk Kampung Orang Asli Serigala.
 
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
JAKOA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan
Jabatan Penerangan Negeri Selangor
 
1 DISEMBER 2020, PUSAT LATIHAN POLIS GERAKAN AM ULU KINTA – MAJLIS PENYERAHAN FACE MASK DAN HAND SANITIZER KEPADA PELATIH KONSTABEL ORANG ASLI YP 1 TAHUN 2020.
 
Penyerahan face mask dan hand sanitizer dari JAKOA Negeri Perak telah diserahkan oleh Puan Hjh Azizah binti Ahmad, Pengarah Pembangunan Sosioekonomi JAKOA Malaysia kepada Komandan P/SUPT. Saifuddin bin Mohamed Nasir.
 
Penyerahan face mask dan hand sanitizer diserahkan kepada para pelatih Konstabel Orang Asli YP 1 sebanyak 76 peserta.
 
Turut hadir pada majlis ini Tuan Harulnizam bin Abd Rahman, Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah,DSP Abdul Rahim bin Husain Tim.Komandan dan ASP. Sallehudin bin Sanip, AJUTAN dari PGA Ulu Kinta.
 
18-20 Oktober 2020, Pulau Pangkor – Kursus Pengurusan Getah Matang dan Hands On Penorehan Getah telah dijalankan bertempat di Puteri Bayu Beach Resort.
Seramai 36 orang peserta telah mengikuti kursus ini, mereka terdiri dari peserta ladang masyarakat di Kg Chat Pos Poi, Kg Teras dan Kg gentes pos Piah.
Majlis perasmian kursus tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Harulnizam bin Abd Rahman, Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah. Turut hadir ketua Unit Ekonomi Sosial, PKOAD Kuala Kangsar dan PKOAD Btg Padang serta pegawai Pertanian Negeri dan Daerah.
Kursus ini bertujuan diadakan untuk memberi dan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat Orang Asli terutama peserta ladang tentang pentingnya teknik penorehan sempurna. Dengan adanya kursus asas torehan ini, pokok getah tidak rosak dan jangka hayat pokok masih ekonomik sehingga 25 tahun.
Pihak JAKOA Negeri Perak juga membawa seorang mentor dari kalangan Orang Asli iaitu batin Ariff beliau adalah penjual getah secara latex dimana beliau menunjukkan teknik dan cara menjual latex kepada peserta dan mencadangkan peserta supaya menjual latex untuk untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi berbanding jualan secara scrap.
 
 
Klinik E-Census Di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
8.9.2020 – Klinik e-Census telah diadakan di JAKOA HQ bertujuan untuk memberi kefahaman kepada penjawat awam di Jabatan tentang pelaksanaan Banci 2020 dan Hands on e-Census dalam memastikan penjawat awam dapat mengisi Borang E-Census dengan lengkap.

Klinik E-Census Di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) 8.9.2020 – Klinik e-Census telah diadakan di JAKOA HQ bertujuan…

Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Monday, September 7, 2020
Dewan Merdeka,Tapah , 8 Ogos 2020 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Yang berusaha Ketua Pengarah Prof.Dr Juli a/l Edo bersama Kementerian Sumber Manusia Yang Berhormat Datuk Seri M.Saravanan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan melaksanakan Program Kesedaran Dalam Kalangan Masyarakat Orang Asli mengenai bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara intensif.
Program yang sebelum ini diadakan di Cameron Higland bermula Januari tahun ini dan ia berjaya menarik minat masyarakat Orang Asli seramai 46 Orang Asli dan untuk meneruskan pengajian di institu latihan perindustrian dan diteruskan lagi di Daerah Tapah Perak. Selain itu, lawatan tapak pameran JAKOA turut diadakah di luar Dewan Merdeka Tapah.
Turut hadir Tuan Harulnizam bin Abd Raham Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Encik Shahul Hameed Dawood, Ketua Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Sunday, August 9, 2020

Jakoa Ipoh, 26 Februari 2020 – JAKOA Negeri Perak Dan Kedah pada hari ini telah menerima kunjungan daripada Y.Bhg. Prof. Dr. Juli Edo, Ketua Pengarah JAKOA sempena lawatan kerja singkat beliau ke JAKOA Negeri Perak Dan Kedah.
Walaupun dengan kesibukan jadual kerja di pejabat, Prof. Juli dengan sedaya upaya akan cuba meluangkan masa bertanya khabar dan perihal tugas semua kakitangan JAKOA yang beliau lawati. Terima kasih kepada Y.Bhg. Prof di atas kesudian membuat kunjungan ke JAKOA Negeri Perak Dan Kedah.

Foto: PRO Jakoa Perak & Kedah

#jakoa
#jakoaperakkedah
#tugasmulia