Iklan Jawatan Kosong Bagi Pembantu Operasi Gred N11 (Kontrak)

TARIKH BUKA IKLAN : 23 OGOS 2020

JAKOA adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

JAWATAN    :  PEMBANTU OPERASI (KONTRAK) GRED N11

1.    Klasifikasi              :     PENTADBIRAN DAN SOKONGAN

2.    Kumpulan              :    PELAKSANA

 

3.    Taraf Jawatan       :    KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE)

 

4.    Penempatan          :    SELURUH JAKOA NEGERI

  • 5 KEKOSONGAN
  • 30 SIMPANAN

 

5.    Jadual Gaji            :     Gred N11

Gaji MinimumGaji MaksimumKenaikan Gaji Tahunan
RM 1,216.00RM 2,983.00RM 80.00

6.    Syarat Lantikan      :    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

6.1.     Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 18 Tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

6.2.     Keutamaan adalah dibuka kepada Kaum Orang Asli;

6.3.     Lulus SRP/PMR/PT3 atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengan Kerajaan;

  • Penaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00) atau;

  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].

(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).

6.4.     Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

7.    Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan :

Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan Pembantu Operasi Gred N11 adalah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan berkenaan yang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

8.    Ringkasan Tugas  :   

8.1.      Menyediakan makanan tambahan kanak-kanak;

8.2.      Menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan tabika;

8.3.      Membantu Pemaju Masyarakat dalam pengajaran dan pembelajaran;

8.4.      Membantu Pemaju Masyarakat dalam tadbir urus tabika;

8.5.      Membantu Pemaju Masyarakat dalam mengurus kewangan tabika;

8.6.      Membantu Pemaju Masyarakat mengendalikan program atau aktiviti yang melibatkan masyarakat;

8.7.      Menghadiri kursus/bengkel/program yang dianjur oleh pihak JAKOA;

8.8.      Membantu Pemaju Masyarakat merekod dan mengemaskini aset tabika;

8.9.      Membantu pihak JAKOA mengumpul dan memasukkan data berkaitan dengan Orang Asli seperti bantuan pendidikan/kewangan/perubahan ke dalam sistem;

8.10.   Membantu pihak JAKOA melaksanakan aktiviti/program anjuran Jabatan;

8.11.   Membantu tugas-tugas pentadbiran di PKOAD semasa cuti sekolah;

8.12.   Serta lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa

9.    Cara Memohon    :

9.1.     Borang Permohonan boleh didapati Laman Sesawang JAKOA www.jakoa.gov.my dan di JAKOA Negeri.

9.2.     Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan gambar terkini berukuran passport;

9.3.     Mengemukakan maklumat untuk dihubungi yang terkini;

9.4.     Permohonan yang lewat diterima dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan;

9.5.     Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga;

9.6.      Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas empat (4) minggu dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya; dan

9.7.    Borang permohonan perlu di kembalikan semula kepada alamat seperti berikut :-

Ketua Pengarah

Jabatan Kemajuan Orang Asli

(Kementerian Pembangunan Luar Bandar)

Tingkat 20, West Block, Wisma Golden Eagle Realty,

142-C, Jalan Ampang

50548 KUALA LUMPUR

(u.p.: Puan Siti Nurazira Binti Sahhudin)

Tel: 03-216140577 ext 231

Emel : siti.nurazira@jakoa.gov.my

10.  TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 13 SEPTEMBER 2020 (AHAD)

 

MUAT TURUN IKLAN JAWATAN & BORANG JAWATAN. KLIK LINK DI BAWAH:-

Kemaskini Terakhir : 13 / 09 / 2020 12:00 AM